ARTIKEL

Jelajah Suria Kuasa 2 Lebih Mantap, Bertenaga!

Oleh Team Suria FM

SURIA FM hari ini dengan bangganya mengumumkan acara terhebat Jelajah Suria dengan konsep terbaharu yang lebih mantap dan bertenaga bergelar Jelajah Suria Kuasa 2 hasil kerjasama dengan jenama haruman terkenal, Yaya Empire.

Jelajah Suria Kuasa 2 kali ini yang menjanjikan pengalaman lebih mengujakan, bakal menjelajah ke empat lokasi utama di seluruh negara iaitu di Pulau Pinang, Johor, Negeri Sembilan serta Kelantan.

Acara ini akan berlangsung selama dua hari di setiap lokasi, bermula dari jam 10 pagi sehingga 10 malam dengan pelbagai pengisian menarik termasuk gerai jualan, pesta makanan dan acara hiburan untuk seisi keluarga.

Ia akan bermula di Mydin Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada 7 & 8 September 2024 dikuti Plaza Angsana, Johor Bahru (21 & 22 September), AEON Mall Nilai, Negeri Sembilan (28 & 29 September) serta AEON Kota Bharu, Kelantan (11 & 12 Oktober).

Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan sepanjang jelajah antaranya pertandingan KiraOke Suria dengan hadiah wang tunai melebihi RM16,000, cabutan bertuah bernilai RM36,000 dan Konsert Jelajah Suria Kuasa 2 yang bakal menampilkan barisan artis popular tanah air.

Artis yang akan membuat persembahan adalah Kristal X, Zamani Slam, Haqiem Rusly, Ara Johari, Ernie Zakri, Amir Masdi & The Band, Aina Abdul, Nabila Razali, Black Hanifah, Ameng Spring, Masdo, Aisha Retno, Ruffedge, Ezad Lazim, Floor 88, Afieq Shazwan, Baggio Damasutra dan Poey Stings.

Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid (DJ Lin), berkata Suria FM sangat teruja untuk kembali turun padang temui peminat setia menerusi Jelajah Suria Kuasa 2 bagi musim ini.

“Kami sangat teruja untuk kembali turun padang mendekati semua pendengar setia kami dengan memberikan sentuhan segar menerusi gabungan kerjasama Suria FM bersama Yaya Empire selaku penaja utama.

“Selain berhibur bersama barisan artis popular dan pelbagai aktiviti pentas yang menawarkan hadiah lumayan, pengunjung juga berpeluang beramah mesra bersama barisan penyampai Suria FM iaitu Ajak, Dato’ Fizz Fairuz, Suraya, Cik Piah, Rara, Chiwan, Kai Hassan dan DJ Lin sendiri,” katanya pada sidang media Jelajah Suria Kuasa 2 di The Estate on Federal Hill, Damansara, hari ini.

Ara Johari menghiburkan peminat di sidang media Jelajah Suria Kuasa 2 hari ini.

 

Aina Abdul turut membuat persembahan.

DJ Lin berkata, lebih menarik, pengunjung berpeluang menangi hadiah wang tunai menerusi KiraOke Suria dengan hanya merakamkan video nyanyian berdurasi satu minit daripada senarai lagu yang diberikan.

“Kemudian, muat naik video anda itu ke media sosial berserta hashtag #KiraOkeSuriaPenang, #KiraOkeSuriaJB atau #KiraOkeSuriaNilai. Kemudian pilih satu lokasi sahaja untuk penyertaan dan jangan lupa tag Suria di Instagram @suriamalaysia, Facebook @SuriaFM, dan TikTok @suriamalaysia. Pastikan akaun media sosial anda perlu berada dalam mode public dan penyertaan yang terpilih akan kami hubungi,” katanya lagi.

Menyentuh mengenai kolaborasi ini, Puan Nadia Mat Isa, Pengarah Urusan Yaya Empire pula berkata pihaknya sangat berbesar hati dapat bekerjasama dengan Suria FM.

“Kami sangat teruja dapat berkolaborasi dengan Suria FM buat pertama kali untuk Jelajah Suria Kuasa 2 ini kerana saya sangat percayakan kepada kehebatan Suria FM serta kemampuan DJ Lin dan semua barisan penyampai Suria.

“Jangan lupa untuk datang beramai-ramai dan meriahkan Jelajah di setiap lokasi kerana kami akan membawa 580 jenis bauan, termasuk edisi terbaru kami, ‘Bear Edition’. Jom datang berhibur dan singgah ke booth Yaya Empire,” katanya.

DJ Lin bersama Nadia (Yaya Empire).

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Suria suria.my atau ikuti media sosial Suria Malaysia:Instagram: suriamalaysia l Facebook: @SuriaMalaysia l TikTok: @suriamalaysia l Youtube: SuriaTV l X: @suria_malaysia

Juga gunakan #JelajahSuriaKuasa2 #suriamalaysia #segalanyahiburan #yayaempire #yayaempireperfume untuk sebarang interaksi berkaitan jelajah ini di laman sosial.

 

Jelajah Suria Jelajah Suria Kuasa 2 Yaya Empire

0%