VOKALIS kumpulan nasyid Saujana yang juga merupakan usahawan iaitu Dr Idzu Baharin kini bergelar Datuk selepas dianugerahkan Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M) sempena Sambutan Hari Jadi ke-75 Yang Dipertua Negeri (YDPN) Melaka, Tun Mohd Ali Rustam pada Isnin.
Bersyukur atas kurniaan itu, Idzu atau nama sebenar Khairul Idzwan Baharin, 43, menyifatkan anugerah diterima itu berdasarkan jasa, pengorbanan dan tanggungjawab selepas hampir tiga dekad berkecimpung dalam keusahawanan perubatan dan penyelidikan perubatan regeneratif.
“Alhamdulillah, saya sangat menghargai dan bersyukur di atas pengurniaan gelaran Datuk ini, secara tidak langsung memberikan saya satu semangat besar serta suntikan baharu untuk menjadi lebih berjaya dan menyumbang kepada negara dalam membangunkan industri perubatan regeneratif negara.

Idzu kini bergelar datuk.






