BAGAIKAN sudah tawar hati, penyanyi dan pelakon Alvin Chong pernah terfikir mengucapkan selamat tinggal kepada dunia hiburan buat selama-lamanya.
Perasaan itu timbul kata Alvin, 33, disebabkan kecewa dengan sikap segelintir penggiat seni yang suka menceritakan hal buruk orang lain sehingga menyebabkan industri bertukar toksik dan berpecah belah.
Lebih mengecewakan kata Alvin, ada di antara mereka yang suka bercakap buruk tentangnya adalah dalam kalangan mereka yang dianggap sebagai kawan.

Alvin sukar berjumpa rakan industri yang ikhlas.






