Sukan

Taktik parkir bas Tok Gajah tak menjadi, percubaan minit akhir Nurillo beri Terengganu kelebihan penghujung babak pertama

SRI Pahang FC dan Terengganu FC terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas masing-masing terikat dengan 1-1 dalam perlawanan Liga Super yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu pada Jumaat.

Skuad Sang Penyu pada awalnya meraih kelebihan selepas Nurillo Tukhtasinov meraih gol pada minit akhir menerusi percubaan tepat ke arah penjuru gawang Azfar Arif.

Namun, kegagalan untuk mendapatkan jaringan kedua membawa padah selepas mereka dibolosi pada masa kecederaan apabila bek Sri Pahang FC, Stefano Brundo menanduk masuk sepakan penjuru Nor Azam Azih.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.