WALAUPUN sedia berbelanja besar, namun ia tidak menjanjikan pulangan yang diingini Liverpool apabila pemain sasaran mereka iaitu Martin Zubimendi menolak tawaran The Reds dan memilih untuk kekal bersama Real Sociedad.
Nama Zubimendi semakin menjadi tumpuan dalam kalangan beberapa kelab gergasi Eropah termasuk Liverpool selepas persembahan cemerlang pemain tengah Real Sociedad itu dalam membantu Sepanyol muncul juara Euro 2024 pada Julai lepas.
Pemain yang mempunya klausa pelepasan bernilai 52 juta pound (RM295 juta) itu belum bersedia meninggalkan Real Sociedad sehingga terpaksa menolak tawaran besar dari kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.






