MISI memburu pingat emas berjaya diteruskan selepas atlet berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom mengesahkan slot ke suku akhir acara keirin lelaki, sebentar tadi.
Shah Firdaus, 28, menjuarai repechages heat 3 dengan pelumba dari Kanada, Nick Wammes mendapat tempat kedua, untuk mara ke suku akhir.
Terdahulu, pelumba Perancis, Rayan Helal menamatkan perlumbaan di tempat kedua namun kemenangannya dibatalkan.





