Sukan

Pestabola Merdeka 2024 mungkin sunyi, 3 Ultras negeri nekad boikot kejohanan FAM

KEHANGATAN kejohanan Pestabola Merdeka 2024 nampaknya tidak mendapat sambutan seperti tahun lepas apabila tiga ultras negeri sudahpun mengumumkan akan memboikot pertandingan anjuran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) itu.

Tiga ultras negeri ialah Kuala Lumpur, Penang dan Negeri Sembilan yang tidak berpuas hati dengan isu-isu dalaman FAM sehingga penyokong mendakwa bekas pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon menjadi ‘kambing hitam’.

Bukan sahaja boikot kejohanan itu, tiga ultras negeri itu turut mengajak penyokong bola sepak agar tidak memberikan sokongan di stadium sambil melancarkan kempen #resetbolasepakMalaysia.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.