Sukan

[VIDEO] Bruna tampil lakar sejarah unik Olimpik, buru emas Paralimpik buat Brazil

ATLET wanita Brazil, Bruna Alexandre melakukan smash dan melakukan ‘chop’ seperti pemain ping pong lain di Sukan Olimpik Paris 2024, tetapi apabila melakukan servis, dia menggunakan bat di tangan kiri untuk melambungkan bola tinggi ke udara.

Pergerakan itu yang kini dilihat mudah dan semulajadi, sebenarnya sesuatu amat sukar ketika Bruna mula menceburi sukan ini sebagai seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun yang hanya memiliki satu tangan sahaja.

Pada Isnin, dia melakar sejarah sebagai atlet pertama Brazil dan ketiga keseluruhan yang bertanding di temasya Olimpik dan Paralimpik selepas pelari Afrika Selatan, Oscar Pistorius dan pemain ping pong Poland, Natalia Partyka.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.