Sukan

Lepas Fergus Tierney ke Thailand, seorang lagi bintang JDT bakal dilepaskan ke Vietnam

BARU-BARU ini, penyerang muda Johor Darul Ta’zim (JDT), Fergus Tierney membuat kejutan apabila diumumkan sebagai bintang baharu kelab Liga 2 Thailand, Chonburi FC bagi membantu memperkasakan lagi jentera serangan pasukan itu.

Perpindahan Tierney ke Thailand antara berita yang tidak dijangka penyokong susulan tiada khabar angin mengaitkan penghijrahan pemain JDT II itu ke mana-mana pasukan sehinggalah Tierney dilihat menghadiri majlis pengenalan pemain baharu Chonburi pada Jumaat lalu.

Nama Tierney bukan lagi suatu yang asing buat para peminat bola sepak tempatan, selepas dia menyerlah buat JDT II di kejohanan Piala MFL sehingga akhirnya berhasil memikat kem skuad Bawah 23 tahun (B-23) negara.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.