Sukan

Aaron Chia-Soh Wooi Yik sehebat 4 tahun lepas, sekali lagi mara ke separuh akhir Sukan Olimpik

GANDINGAN beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik berjaya bangkit daripada ketinggalan satu set untuk memastikan impian mara ke separuh akhir Sukan Olimpik 2024 masih menyala.

Berdepan beregu India, Chirag Shetty-Satwiksairaj Rankireddy, gandingan beregu nombor satu negara itu berjaya memenangi perlawanan 13-21, 21-14 dan 21-16.

Kejayaan mereka layak ke separuh akhir itu mengulangi prestasi di Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun apabila mereka meraih pingat gangsa.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.