WALAUPUN hanya memenangi pingat perak pada Sukan Olimpik Paris 2024 namun aura dan aksi bersahaja atlet penembak lelaki Turkiye, Yusuf Dikec menjadi bualan kalangan peminat sukan seluruh dunia pada Selasa.
Manakan tidak, atlet berusia 51 tahun itu juga merupakan atlet tertua daripada keseluruhan 33 peserta yang mengambil bahagian dalam acara 10 meter (m) air pistol lelaki.
Dikec, bersama rakan sepasukannya, Sevval Ilayda Tarhan, meraih tempat kedua dalam acara pistol udara 10m pasukan campuran, walaupun Dikec hanya membawa peralatan yang terhad ke pertandingan tersebut.






