Sukan

[VIDEO] ‘Isu tunggakan gaji berterusan, pemain import gred A takut nak datang Malaysia’

SABAN tahun isu tunggakan gaji sering menjadi topik utama komuniti bola sepak negara selepas banyak pasukan bertanding akan terpalit dengan perkara itu.

Musim lalu TRW Kelantan FC antara kelab yang menjadi tajuk utama setiap penyokong apabila pihak pengurusan tidak melunaskan pembayaran gaji sehingga lebih lima bulan.

Tidak tamat di situ, penyakit isu tunggakan gaji terus melarat ke musim baharu dengan sudah ada beberapa pasukan mengalami masalah sama selepas kos perjalanan liga semakin meningkat akibat pertukaran jadual kejohanan Asia.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh