PERKONGSIAN video dimuat naik pelakon Muaz Zabir di aplikasi TikTok menarik perhatian ramai apabila netizen membuat andaian bahawa wanita yang ada bersamanya dalam kereta itu adalah aktres Bella Astillah.
Menerusi perkongsian tersebut, Muaz atau Muaz Mohamad Zabir, 27, merakamkan trend video bersama seorang wanita dengan menggunakan lagu Steal My Girl nyanyian One Direction.
Namun apa yang menarik perhatian netizen ialah wanita yang turut berada dalam kenderaan berkenaan.

Netizen meneka tangan tersebut merupakan tangan Bella.





