TEMASYA Olimpik Paris 2024 mencatat sejarah apabila salah satu venue pertandingannya terletak sejauh 15,715 kilometer dari bandar tuan rumah.
Menerusi edisi penganjuran kali ini, 48 atlet akan berentap di luar pantai Teahupo’o, sebuah perkampungan kecil di pulau Tahiti, Polinesia Perancis bagi acara luncur air.
Menurut seorang pegawai yang bertugas sempena Olimpik Paris, penganjuran acara luncur air di Pulau Tahiti sejajar dengan hasrat untuk ‘menyebarkan sukan itu ke seluruh Perancis’.





