SEKOLAH Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Anum Tunku Abdul Rahman (TATAR) terus mencipta kejutan di bumi Hamburg, Jerman apabila difahamkan berhasil lolos ke peringkat akhir Laola Cup untuk menentang BK Olympics Malmo, wakil dari Sweden nanti.
Pasukan bawah 15 tahun SMK TATAR itu sekali lagi mematahkan hati pasukan FC Altyn Tach dari Turkmenistan dengan kemenangan 1-0 hasil jaringan dari Ilman hadif yang dihantar oleh Azry Muaz.
Altyn Tach sebelumnya terpaksa menanggung malu apabila tewas besar 1-3 di tangan SMK TATAR pada perlawanan peringkat kumpulan dan misi balas dendam pasukan itu juga tidak berhasil dalam aksi separuh akhir pada Khamis.