Sukan

PM Anwar umum imbuhan RM10,000 buat pemain, jurulatih sepak takraw negara

BARISAN pemain dan jurulatih pasukan sepak takraw negara menerima ‘durian runtuh’ apabila diberikan ganjaran RM10,000 susulan kemenangan mereka pada Piala Dunia Sepak Takraw 2024 Mei lalu.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa mengadakan pertemuan dengan pasukan kebangsaan selepas kejayaan mereka memenangi pingat emas dan merangkul gelaran juara berganda dalam kejohanan tersebut.

“Setinggi-tinggi tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh pasukan sepak takraw negara kerana telah mengharumkan nama negara dan menaikkan imej serta taraf sepak takraw negara di persada dunia,” katanya menerusi hantaran Facebook pada Isnin.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh