PELAKON Josiah Hogan mengambil keputusan melepaskan status kerakyatan Amerika Syarikat (AS) dan sedang dalam proses permohonan mendapatkan kewarganegaraan Malaysia.
Josiah atau Josiah Padilla Hogan, 38, menjelaskan terdapat beberapa faktor mendorongnya membuat permohonan tersebut termasuk ingin melihat tiga anaknya membesar dalam persekitaran agama Islam.
“Pertamanya saya memang menetap di Malaysia dan berkahwin dengan orang tempatan. Saya buat semua ini juga kerana memikirkan masa depan anak-anak.