Sukan

Insiden berdarah Rawabdeh, freekick Pawi bikin Terengganu lebih selesa berbanding Selangor ke bilik persalinan rehat babak pertama

TERENGGANU FC (TFC) memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila menewaskan Selangor FC 3-2 dalam aksi separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Terengganu pada Jumaat.

Permainan bermula menyaksikan kedua-dua pasukan beraksi tanpa elemen bertahan dengan Terengganu dan Selangor mempamerkan corak permainan seimbang apabila saling membuat serangan bertali arus.

Peluang untuk Selangor mendapatkan gol acap kali dipersiakan oleh para pemain sama ada rembatan kurang deras atau kecemerlangan pertananan Terengganu menjadi duri dalam daging buat Gergasi Merah.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.