Sukan

Penjaga gol warisan ke JDT sudah dikesan, rupanya pernah sarung jersi Real Madrid

SEMENJAK Johor Darul Ta’zim (JDT) dikhabarkan akan membuat rombakan secara besar-besaran, pelbagai nama pemain bola sepak yang berpangkalan di luar negara mula dikaitkan dengan Harimau Selatan.

Misalnya, sebelum ini Majoriti melaporkan bekas bintang Atletico Madrid iaitu Hector Hernandez dikhabarkan akan menyertai juara bertahan Liga Super itu selepas kontraknya bersama GD Chaves akan tamat pada 1 Julai 2024.

Khabar angin berkenaan disambut baik oleh penyokong susulan statistik pemain kelahiran Sepanyol itu yang menjaringkan 81 gol dalam 282 penampilan dalam liga teratas Eropah membuktikan Hernandez calon tepat mengisi bahagian serangan JDT.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%