PENYANYI Elyana kurang senang apabila ada netizen merujuk dirinya bagi bertanyakan hal berkaitan penyakit terutamanya mengenai kanser.
Kata Elyana atau Erneelya Elyana Emrizal, 34, dia bukanlah seorang pakar perubatan yang mampu menjawab setiap persoalan diberikan.
“Minta maaf, saya bukan klinik atau hospital untuk semua orang nak dapatkan jawapan tentang penyakit.

Elyana meluahkan rasa geram menerusi hantaran di InstaStory.





