SEORANG penunggang p-hailing dipercayai mengalami kecederaan selepas motosikal ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan di Seri Wang, Sungai Petani, Kedah pada Ahad.
Nahas tersebut dirakam menerusi kamera papan pemuka kenderaan (dashcam) kenderaan lain dan dikongsikan di laman Facebook pada Isnin.
Terdapat dua rakaman yang dimuat naik, dengan video pertama memaparkan tindakan pemandu tersebut memandu dalam keadaan melulu dan membahayakan, sebelum melanggar penunggang motosikal berkenaan di simpang tiga berdekatan stesen minyak.