BIMBANG timbul salah faham, usahawan Datuk Seri Adnan Abu memaklumkan tempoh idah bekas isterinya iaitu Sharifah Norshafila Hashim sudah pun selesai selepas mereka bercerai 14 Mei lalu.
Melepaskan tanggungjawab sebagai seorang suami, Adnan atau mesra disapa Datuk Red, 46, juga merasa sedih dan tidak menyangka tempoh edah itu berlalu pantas tanpa disedari.
“Tamatlah perkahwinan 19 tahun yang kami bina. Hari ini (Sabtu) tamatlah tempoh edah. Selepas ini kalau nampak Fila (Sharifah) keluar berjalan-jalan-jalan, dia bukan tanggungjawab saya lagi.

Adnan berasa sedih apabila tempoh idah dirasakan terlalu pantas berlalu.






