TIDAK pernah dahagakan kemewahan, pelakon dan penyanyi Nonny Nadirah sebaliknya hanya mengimpikan kehidupan sihat dan bahagia tanpa sebarang gangguan.
Nonny atau Nonny Nadirah Zainuddin, 34, memberitahu dia sudah penat menjadi mangsa sihir sehingga perlu menjalani rawatan sehingga ke hari ini.
“Saya tak nak rumah banglo atau kereta Lamboghini. Saya nak sihat, gembira, Tauhid dan husnul khatimah.
Nonny berkongsi perkara itu menerusi hantaran di InstaStory.