PERLAWANAN Sabah FC bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) dijangka lebih sukar apabila difahamkan The Rhinos kehilangan khidmat dua tonggak utama dalam aksi Liga Super keempat mereka di Stadium Likas dekat Kota Kinabalu, Sabah pada Sabtu.
Pada Jumaat, pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee mengesahkan dua tonggak berkenaan adalah Saddil Ramdani dan Darren Lok susulan kecederaan dialami mereka, namun beberapa pemain lain bersedia mengambil alih posisi mereka.
Dalam pada itu, S. Kumaahran diberi kepercayaan untuk menggantikan Saddil di sayap kanan, manakala posisi Darren mempunyai dua pilihan sama ada Azhad Harraz Harun atau Jafri Firdaus Chew.







