Sukan

‘Senyumanmu yang penting’, Danial Amier kongsi motivasi jaring gol lepas 2 tahun menyepi

USAHA keras Kuching City FC akhirnya terbalas apabila skuad The Cats meraih kemenangan pertama dalam Liga Super musim ini selepas menewaskan PDRM 2-0 di Stadium Negeri dekat Kuching, Sarawak pada Jumaat.

Empat perlawanan Liga Super yang diharungi sebelum ini menyaksikan The Cats hanya meraih tiga seri dan satu tewas, sebelum meraih tiga mata di tempat sendiri menerusi jaringan dari Danial Amier Norhisham dan Jordan Mintah.

Terpapar wajah ceria penyokong The Cats yang hadir di Stadium Negeri seawal minit kedua selepas Danial Amier kembali mencetak gol pertamanya selepas dua tahun menyepi di saingan tertinggi Liga Malaysia.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh