BEKAS Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Khalid Samad berkata pemain Kuala Lumpur City FC menjadi mangsa permainan politik sesetengah pihak.
Ia dapat dilihat selepas kem KL City dilihat bergolak dengan isu tunggakan gaji, lebih-lebih lagi apabila ketua pasukan, Paulo Josue mendedahkan dia sudah tidak menerima bayaran selama tujuh bulan.
Dalam sidang media yang diadakan di Komune Living & Wellness, Kuala Lumpur, Khalid mengatakan yang terdapat pelbagai kerenah ditimbulkan oleh ‘si polan-si polan’ hinggakan pemain menjadi mangsa.






