SEJAK kebelakangan ini, peminat kembali menyokong dan menyukai pelawak Shuk Sahar terutamanya apabila dia muncul dalam siaran podcast.
Walaupun pernah berdepan pelbagai kontroversi, Shuk atau Muhammad Shukri Mohamed Sahar, 38, yakin orang ramai boleh memaafkan semua kesilapannya jika dia melakukan perkara betul dalam kehidupan.
“Rakyat Malaysia ini tahu kalau kita melakukan sesuatu mereka akan marah tapi kalau kita buat sesuatu untuk memperbaiki keadaan, mereka akan terbuka menerimanya,” katanya kepada mStar.

Shuk dan Fara bernikah pada November tahun lalu.






