SEORANG lelaki berdepan situasi pelik apabila dia dipaksa mengambil wuduk dan menunaikan solat ketika berada di sebuah pusat snuker dekat Arab Saudi baru-baru ini.
Jelasnya, keseronokannya terhenti apabila dia diarahkan berhenti bermain snuker dan terus solat berjemaah di pusat permainan tersebut.
“Kisahnya saya main snuker di Arab Saudi, tengah nak tembak bola tepi lubang taukey snuker tu suruh semua berhenti main, ingatkan kena halau balik rupanya disuruh ambil wuduk.





