BELUM reda isu membotakkan kepala, pelakon dan penyanyi Nonny Nadirah sekali lagi mengundang perhatian ramai apabila berkongsi video seorang wanita sedang berkemban di Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian tersebut, memaparkan wanita mirip Nonny atau Nonny Nadirah Zainuddin, 34, sedang menari dengan hanya dibaluti dengan sehelai tuala.
Bukan itu sahaja, ketika asyik menggoyangkan badan, wanita tersebut dilihat membuka tuala beberapa kali sebelum memakainya semula sambil tubuhnya membelakangi kamera.
Nonny memuat naik video tersebut di Instagram miliknya.