Sukan

‘Pihak pengurusan tak nak ambil ke?’, fans TFC idam bintang Harimau Muda jadi aset Sang Penyu

PENYOKONG Terengganu FC (TFC) tampak sangat berpuas hati dengan prestasi semasa yang ditonjolkan oleh anak-anak buah Tomislav Steinbruckner apatah lagi menewaskan Sabah dengan keputusan yang sangat besar.

TFC berjaya mara ke pusingan separuh akhir Piala FA dengan agregat 7-0 sekali gus merekodkan jaringan yang sangat besar selain Johor Darul Ta’zim (JDT).

Namun begitu, penyokong masih berasakan ada yang tidak cukup di posisi serangan Sang Penyu sehingga mereka mahu pihak pengurusan membawa masuk penyerang muda Kuala Lumpur City FC (KL City), Muhammad Haqimi Azim.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh