PELAKON Aliff Aziz meluahkan rasa sedih apabila ibunya iaitu Siti Hafiza menjadi sasaran kecaman netizen di media sosial gara-gara kontroversi membabitkan dirinya dengan Ruhainies.
Kecewa membaca komen ditulis netizen itu, Aliff atau Mohamad Aliff Aziz, 33, menasihati pengguna media sosial supaya sentiasa menjaga tutur kata dalam melemparkan sesuatu pandangan.
“Kekurangan pada saya ialah meletakkan ibu dalam posisi begini. Mestilah sebagai anak saya amat sedih dan kecewa.
Ramai netizen yang melemparkan kata-kata kesat terhadap ibu Aliff.