PENYOKONG Penang FC tampak tidak dapat menahan daripada meluahkan kekecewaan mereka selepas skuad MFL tewas kepada Perak FC II dengan keputusan 0-2 di Stadium Bandaraya Pulau Pinang pada Selasa.
Kekecewaan itu dirasai penyokong Penang selepas kesemua peringkat umur Harimau Kumbang tewas termasuklah perlawanan Piala FA menentang Kedah Darul Aman FC (KDA FC) pada Jumaat lalu (28 Jun).
Pemain ke-12 itu turut menyeru Pengerusi Lembaga Pengarah Penang FC yang juga Exco Belia, Sukan & Kesihatan Negeri Pulau Pinang, YB Daniel Gooi untuk melakukan sesuatu selepas Harimau Kumbang bermula hambar musim ini.