PELUANG beraksi di luar negara sememangnya sukar ditolak mana-mana pemain tempatan, lebih-lebih lagi buat ‘ubi muda’ yang masih teruja untuk mengembangkan bakatnya.
Namun, perkara berkenaan bukanlah sesuatu yang mudah seperti di mata penyokong kerana mereka perlu berdepan tekanan dalam menyesuaikan diri.
Selain itu, sekiranya seseorang itu menyertai sebuah pasukan berkualiti, mereka juga perlu bersaing dengan bintang pasukan yang sudah bertahun-tahun berkhidmat di kelab tersebut.