TINDAKAN seorang individu yang dipercayai menghina kedudukan Yang di-Pertuan Agong ke-17, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mencetuskan kecaman hebat di laman sosial.
Menerusi ciapan di laman X, individu berkenaan mendakwa Sultan Ibrahim berasal dari Sulawesi, Indonesia dan telah membuat satu rancangan penipuan besar dan melantik dirinya sebagai Sultan.
Menggesa agar orang ramai agar tidak tunduk hormat kepada Baginda, individu terbabit menerusi akaun @firamond menggelar rakyat sebagai ‘bodoh’ kerana tertipu dengan sistem kesultanan negara.