MAJLIS Olimpik Malaysia (MOM) memilih rekaan baharu menampilkan corak belang Harimau yang ‘lebih garang’ untuk pakaian rasmi kontinjen negara ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Perkara itu diumumkan oleh Presiden MOM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria menerusi satu kenyataan rasmi pada Selasa.
Katanya, perubahan tersebut dilakukan susulan maklum balas bercampur baur terhadap reka bentuk dan motif sebelum ini yang dilihat tidak menyerlah.