PELAKON Rita Rudaini mahu anak keduanya iaitu Airit Qaqa Arjuna melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi walaupun bercita-cita bergelar pemain bola sepak profesional.
Rita atau Rita Rudaini Mokhtar, 48, berkata, dia tidak pernah menghalang minat anak-anak namun sangat mementingkan akademik dan pendidikan agama sebagai jaminan masa depan mereka.
“Nak jadi apa, jadilah asalkan di dada kamu terisi al-Quran dan seorang yang bijak dalam akademik.
Rita tidak pernah menghalang minat anak-anak terhadap bidang sukan.