PENCERAIAN bukan alasan untuk pelakon Nora Danish dan Nedim Nazri mengekalkan hubungan baik walaupun sudah tiada ikatan suami isteri.
Malah sejak Nedim dimasukkan ke sebuah hospital pada 24 Jun lalu, Nora setia menemani sehingga bekas suaminya itu berseloroh menggelar aktres itu sebagai jururawat.
Terbaharu, Nedim berkongsi foto Nora atau Nora Danish Hanif, 42, yang lengkap bertelekung dipercayai baru sahaja selesai menunaikan solat dan khusyuk berdoa.
Nora kerap melawat Nedim di hospital.