SELEPAS Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengurangkan denda terhadap Selangor FC, pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Idris tampil mempersoalkan layanan terhadap kelab itu.
Dalam satu hantaran di Instastory peribadinya, dia menyatakan skuad Harimau Selatan pernah berdepan situasi sama, namun hanya menerimanya secara terbuka.
Tunku Ismail turut mempertikaikan pengurangan hukuman diterima pasukan Lembah Klang itu akan memberikan peluang buat kelab Liga Super yang lain untuk mengelak daripada denda dikenakan.