HASRAT penyanyi Noraniza Idris meneruskan Konsert Malai Solo yang dibatalkan dua tahun lalu masih belum terpadam.
Noraniza, 55, sebaliknya berkata, dia masih berharap konsert berkenaan dapat diadakan suatu hari nanti.
“Sudah tentu saya masih berharap untuk Konsert Malai Solo itu dapat direalisasikan. Itu memang impian yang saya fikirkan sejak dulu lagi.
Noraniza akan menyanyi selama tiga hari pada konsert Qalam.
Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh
“Sebelum ini nak jadikan ia satu realiti tak berjaya sebab dana yang tak mencukupi.
“Nasib saya pula tak baik kena tipu dengan penaja-penaja. Mungkin belum rezeki saya di situ,” katanya kepada mStar.
Noraniza berkongsi perkara itu ketika sidang media Konsert Qalam Noraniza Idris yang berlangsung di Ideas Hotel, Kuala Lumpur pada Rabu.
Sudah lali berdepan kegagalan, Noraniza menjelaskan dia tidak terkesan dengan perkara tersebut malah fokusnya kini tertumpu untuk kembali semula di dalam industri.
ARTIKEL BERKAITAN: Rasa dikhianati peminat, Noraniza Idris lebih fikirkan diri sendiri selepas ditipu
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Noraniza Idris alami kemurungan ditipu penganjur, boleh jadi histeria sebut fasal Konsert Malai Solo
Malah dia memikul tanggungjawab besar untuk menaikkan muzik irama Malaysia selepas pemergian komposer terkenal, Allahyarham Pak Ngah.
“Saya dah biasa sejak dulu berdepan kegagalan berkali-kali sehingga saya pun dah ‘tepu’. Walaupun agak lambat untuk bangkit saya tidak dijadikan sebagai ‘kudis’.
“Saya rasa saya kena buat sesuatu, irama Malaysia ini perlu ada penggerak yang berani kedepan.
“Dulu kita ada Allahyarham Pak Ngah tetapi sekarang dia dah tiada. Siapa nak bangunkan, tak akan kita nak menyerah begitu sahaja?” jelasnya.
Justeru itu, dia amat menyokong sekiranya ada penggiat irama Malaysia yang mahu meneruskan hasratnya untuk mengangkat genre berkenaan ke peringkat lebih tinggi.
Saya rasa saya kena buat sesuatu, irama Malaysia ini perlu ada penggerak yang berani kedepan.
NORANIZA IDRIS
PENYANYI
“Kalau ada orang lain yang boleh bawa irama Malaysia di pentas sebesar Malai Solo itu, saya sokong dan bersyukur. Mungkin itu rezeki dia.
“Tetapi jika masih ada yang belum buat, mungkin masih ada harapan untuk saya lagi,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain, pelantun lagu Dikir Puteri itu tampil menebus kekecewaannya menerusi Konsert Qalam yang bakal berlangsung pada 27 sehingga 29 Sepetember tahun ini.
Noraniza memaklumkan konsert ini mengetengahkan konsep ‘konsert dalam pertandingan’ menghimpunkan kumpulan tarian etnik yang layak ke peringkat kebangsaan untuk mengiringi persembahannya.
Noraniza harap genre irama Malaysia lebih ke hadapan selepas ini.
Menurutnya, koreagrafi bagi kesemua persembahannya untuk ketiga-tiga hari adalah berbeza kerana perlu diadili oleh para juri pada malam konsert tersebut.
“Saya ada buat pendekatan baharu untuk konsert ini di mana dari segi kandungan ia serupa tetapi koreografi berbeza mengikut hari persembahan.
“Sebabnya dalam 12 segmen, lapan segmen persembahan saya akan diiringi perserta yang bertanding di peringkat kebangsaan,” katanya.
Konsert dianjurkan oleh Tatih Seni Academy dengan sokongan Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya akan diadakan selama tiga hari di Panggung Bangsawan, Melaka.
Orang ramai boleh mula mendapatkan tiket pada harga serendah RM99 (Sawo Matang), RM149 (Ala Dondang), RM 199 (Masyhur), RM249 (Seri Balas) di laman web Ilassotikets bermula Khamis.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!