MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menjawab sindiran Khairy Jamaluddin Abu Bakar berhubung isu corak dan rekaan pakaian rasmi kontinjen negara untuk temasya Olimpik.
Menurutnya, setiap pemimpin mempunyai cara tersendiri dalam mendepani isu-isu dan menguruskan tugasan diberikan terhadap mereka, termasuk berhubung pakaian tersebut.
“Saya menghormati pemegang taruh kita dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) merupakan pemegang taruh utama bagi Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Saya mempunyai cara kerja yang rapat dengan mereka selain hormati mereka sebagai satu institusi.