PELAKON Shakilla Khoriri meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan segelintir perokok yang memeluk dan mencium anak orang lain ketika diri mereka berada dalam keadaan berbau asap rokok.
Kata Shakilla atau Nurul Shakilla Mohd Khoriri, 35, perkara itu tiada masalah jika dilakukan terhadap anak sendiri, namun tidak sepatutnya dilakukan kepada orang lain.
“Tak payah nak peluk, cium anak orang sangat kalau awak (perokok) satu badan termasuk mulut and nafas bau rokok.
Shakilla meluahkan rasa bengang di Instastory miliknya.