MENYEDARI banyak kejahilan dan kesilapan dilakukan sepanjang bergelar artis, vokalis kumpulan EYE iaitu Izam akan menyumbangkan sebahagian pendapatannya kepada sebuah sekolah tahfiz di Kedah.
Izam atau Mohd Izam Mohd Arshad, 57, berkata, perkara itu dijadikan amalan bukan sahaja bagi mendapat keberkatan pendapatan tetapi mahu mengejar reda dan pahala dari Allah SWT.
“Saya sudah bergelumang dalam bidang hiburan ini sudah lama, dengan zaman ‘jahil’ lagi.
Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh
“Apabila Allah bagi hidayah, saya dapat satu peluang untuk memperbaiki diri selain mengejar reda dan pahala-Nya.
Izam masih aktif menyanyi untuk mencari pendapatan sendiri.
“Bayangkan satu huruf anak-anak tahfiz baca al-Quran, boleh dapat 10 pahala.
“Kalau mereka hafal seluruh kitab, berapa banyak pahala yang dapat. Mereka juga buat solat Tahajud, doakan kita,” katanya kepada mStar.
Izam berkongsi perkara itu ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Sumbangan Jalinan Kasih Prihatin di Menara KPJ, Kuala Lumpur pada Selasa.
Dalam pada itu, Izam memberitahu walaupun dia diuji dengan masalah kesihatan namun bersyukur kerana masih ada pihak memberikan tawaran mengadakan persembahan pentas.
ARTIKEL BERKAITAN: Izam Eye mahu ‘pergi’ dalam ketenangan, anggap ujian sakit teguran Allah… “Dulu kita buat banyak dosa”
ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Izam EYE belum sampai tahap kibar bendera putih, gigih cari duit buat ‘show online’ – “Takkan saya nak minta sedekah?”
Malah kata Izam, dia juga menerima bayaran setimpal bersesuaian untuk menampung kehidupan bersama dua isteri dan tujuh anak-anak mereka.
“Alhamdulillah ada masanya dalam seminggu boleh dapat empat ke lima tawaran persembahan dan kebiasaannya rate saya tiga lagu dalam RM5,000 ke RM6,000.
“Penganjur masih mengikut rate diberikan dan kalau tiada persembahan biasanya saya hanya berehat di rumah,” jelasnya.
Jelas Izam, dia enggan menjadikan penyakit dihidapi sebagai alasan untuk tidak bekerja dan mengharapkan bantuan orang lain.
Saya masih menyanyi, kadang-kadang show saya seminggu sampai empat ke lima kali.
IZAM
VOKALIS EYE
Katanya, selagi dia mempunyai kudrat, dia akan terus bekerja demi keluarganya.
“Ini cara saya tanggung keluarga. Saya ada dua isteri, tujuh orang anak… Dua buah rumah perlu dibayar setiap bulan.
“Tanggungan saya besar, jadi tak elok kalau asyik nak mengharapkan bantuan orang lain,” jelasnya.
Pada Jun 2019, Izam diserang penyakit angin ahmar sehingga membuatkan pergerakannya tidak kuat seperti dahulu.
Izam mengucapkan terima kasih kerana dipilih untuk terima bantuan menerusi program mStar Baek.
Malah Izam sudah tidak mampu melakukan pekerjaan berat dan hanya menjana pendapatan menerusi nyanyian.
Dalam perkembangan lain, Izam meluahkan rasa terharu apabila menjadi antara lapan penerima sumbangan menerusi program terbitan portal mStar iaitu mStar Baek musim kedua.
Kata Izam, dia berharap akan lebih banyak pihak tampil menghulurkan bantuan kepada golongan selebriti tidak bernasib baik sepertinya.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada mStar dan sepatutnya lebih banyak persatuan melakukan program seperti ini.
Kesemua penerima sumbangan bergambar kenangan dengan wakil Star Media Group dan KPJ Healthcare.
“Walaupun saya masih boleh menyanyi tetapi keadaan saya tidak lagi seperti dulu. mStar memang membantu saya daripada segi kewangan.
“Saya pun nak mengucapkan terima kasih kepada peminat yang membuat sumbangan sebanyak RM60,000 ketika saya sakit dulu,” katanya.
Selain Izam, tujuh lagi penerima sumbangan adalah Isma Aliff, Jaafar Onn, Dwan Olan, Izam EYE, Iqbal Mazlan, Pak Engku (bapa arwah Along Spoon) dan Norazlina Zakaria.
Kesemua penerima menerima wang tunai RM3,000 selain kad rawatan perubatan bagi membolehkan mereka dan seisi keluarga mendapat pemeriksaan kesihatan percuma di Klinik Waqaf An-Nur (KWAN) yang disediakan pihak KPJ Healthcare selama setahun.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!