BARU sahaja habis tempoh berpantang, penyanyi Shila Amzah mencuri perhatian ramai apabila dia dilihat kembali aktif bermain sukan badminton.
Dalam keterujuaan dapat bersukan, Shila atau Nurshahila Amir Hamzah, 34, meluahkan rasa kecewa apabila keupayaan fizikalnya tidak lagi secergas dahulu.
Jelasnya, dia mengalami kesakitan pada sendi kerana terlalu lama berehat selepas bersalin.
Shila berkongsi perkara tersebut menerusi hantaran di aplikasi X.