PELAKON Fatin Afeefa berasa bangga dengan usaha ditunjukkan suaminya iaitu Aliff Awang mencari pendapatan selepas setahun meninggalkan aktiviti pelaburan mata wang asing atau forex.
Fatin atau Fatin Nur Afifah Shamsudin, 30, berkata, sepanjang tempoh itu Aliff bukan hanya duduk goyang kaki di rumah sebaliknya menjalankan beberapa jenis perniagaan bagi menghasilkan pendapatan.
“Sebagai isteri saya bangga dengan suami sebab dia ada usaha dan ini yang saya mahukan.
Fatin bangga dengan usaha suami cari pendapatan untuk keluarga.