KELIBAT penyanyi rap Kanye West dan isteri Bianca Censori menaiki penerbangan komersial kelas ekonomi mencuri perhatian peminat.
Menerusi rakaman yang tersebar, pasangan itu dilihat bersesak dengan penumpang lain ketika ingin pergi ke tempat duduk mereka.
Penyanyi berusia 47 tahun itu menggayakan pakaian serba putih dilihat tidur sepanjang penerbangan sementara Bianca meluangkan masa bermain telefon miliknya.
Kanye (kiri) turut memakai pakaian yang menyerupai jubah mandi di Lapangan Terbang Narita, Jepun.