KETIKA ramai mengkritik keputusan Datuk Seri Siti Nurhaliza menerima undangan mengadakan persembahan bersama komposer David Foster di Jakarta, Indonesia pada malam Sabtu, peminat di sana menyifatkan penyanyi tersohor itu sebagai pahlawan.
Siti atau Siti Nurhaliza Taruddin, 45, disifatkan sudah menyelamatkan air muka penganjur konsert Hitman Returns – David Foster and Friends’ bagi menggantikan penyanyi Jessie J yang menarik diri pada saat akhir.
Walaupun tidak mempunyai banyak masa melakukan latihan, kemunculan Siti menerusi lagu I Will Always Love You nyanyian asal Whitney Houston berjaya memukau penonton di Indonesia.