PELAKON Abby Abadi meluahkan kebimbangan melihat keadaan fizikal anaknya iaitu Marissa Dania yang dilihat semakin kurus.
Sedih dengan perubahan itu, Abby atau Arbaiyah Abdul Rahman, 47, menasihati Marissa agar lebih menjaga pemakanan dan kesihatan diri.
“Kurus sangat dah anak mama, sedih mama tengok. Makan banyak sikit dan jaga diri baik-baik,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram pada Jumaat.

Abby berkongsi perkara tersebut menerusi hantaran di Instagram.





