NAMA pemain muda meningkat naik, Adib Raop kini mula menjadi buah mulut orang ramai selepas menjaringkan gol debut untuk aksi pertamanya bersama Harimau Malaya di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Kuala Lumpur pada Selasa.
Dalam perlawanan itu, Adib menjaringkan gol di hujung babak permainan selepas memanfaatkan kesilapan pertahanan Chinese Taipei pada minit 90+6 untuk menambah jaringan Harimau Malaya.
Pemain berusia 24 tahun itu masuk untuk menggantikan Akhyar Rashid pada minit ke-74 sekali gus memberikan nafas baharu buat barisan serangan Malaysia.