PASUKAN Liga Super pastinya tidak akan terlepas dengan kehadiran pemain import baharu setiap musim kerana mahu memperkukuhkan skuad masing-masing bagi mencabar trofi Liga Super yang sudah sekian lama dipegang oleh Johor Darul Ta’zim (JDT) selama sedekad.
Namun tidak semua pemain import yang hadir mampu memberikan nafas baharu buat pasukan meskipun hadir dengan reputasi yang sangat hebat sebelum ini.
Kedah seumpamanya kerap kali menerima pemain import yang tidak berkualiti meskipun bintang itu hadir dengan reputasi besar dalam liga yang disertai mereka sebelum ke Malaysia.