TINDAKAN seorang individu menyekat jalan di kawasan pelakon Faye Kusairi berniaga nasi ayam disifatkan sebagai sengaja mencari kesalahan orang lain.
Tampil mempertahankan diri, Faye atau Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi, 37 menjelaskan dia tidak melakukan sebarang kesalahan sebaliknya berniaga secara sah.
Malah beritahu Faye, dia bersama peniaga lain turut membayar sewa tapak secara bulanan kepada Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan mempunyai lesen.
Faye pesan lebih baik minta maaf daripada tunding jari pada orang lain.